Langkau ke kandungan utama

Mengapa Harus Overhaul


    PERLUKAH  BUAT OVERHAUL ENJIN KENDERAAN ANDA? 

    Ianya bergantung kepada beberapa keadaan dan keperluan, semua ini memerlukan siasatan lanjut 
    dan pemeriksaan, boleh jadi disebabkan oleh pelbagai punca, atau kombinasi pelbagai perkara dan
    tak semestinya perlu overhaul. Mungkin penyelesaiannya agak mudah. Yang penting jika ada
    masalah yang disebutkan, anda bawa ke bengkel yang dipercayai untuk pemeriksaan. Harap-harapnya
    anda dapat pemeriksaan percuma dan jujur.

    SIMPTOM ENJIN
    Antara simptom-simptom yang MUNGKIN memerlukan enjin kereta anda perlu di OVERHAUL

    Bunyi ketukan dari enjin sewaktu memandu
    Asap berlebihan dari ekzos
    Minyak hitam berkurangan
    Enjin overheat
    Kereta susah nak start
    Enjin mati tiba-tiba
    Kereta kurang pickup
    Kebocoran minyak hitam dari atas
    Minyak hitam menjadi pekat
    Kereta kuat makan minyak.

                                                                                                            Yang ni bukan symptom, tapi memang biasa kena overhaul/top overhaul, iaitu bila timing belt  
     putus tengah jalan, kena tengok apa kerosakannya.
    Proses Overhaul memerlukan keseluruhan komponen enjin di buka dan di periksa setiap bahagian
    seterusnya di bersihkan dan di pasang semula, kos bergantung pada jenis enjin


    JENIS - JENIS OVERHAUL
    Overhaul secara kasar terbahagi kepada dua jenis

    Top overhaul :

    Melibatkan bahagian dari atas piston, gasket, cylinder head. Ini termasuk valve, rocker arm

     Full overhaul :

    Secara keseluruhan enjin melibatkan enjin block, piston, conrod, crankshaft, bearing (engine dan piston),
    Oil sump dan lain lain.


     
    OVERHAUL MANA YANG HARUS DI BUAT?
    Jika perlu buat overhaul, ia bergantung kepada di mana dan jenis masalahnya


    Contoh :-
     
     + Asap putih berlebihan

    Coolant bocor ke enjin, MUNGKIN top overhaul sahaja. Ataupun terlalu panas oleh kerana radiator
    tersumbat, mungkin perlu buat top overhaul sahaja.

      + Asap kelabu,

     Piston seal dah bocor, minyak pelincir dah masuk ke kebuk pembakaran. Mungkin
    kena tukar piston atau piston ring. Ataupun sebab tak tukar minyak hitam pada waktunya sampai
    dah tersumbat enjin.

    Jangan lupa untuk ambil tahu apa punca perlu buat overhaul, adakah kerana komponen dah haus atau
    memang ada perkara lain yang perlu dibetulkan, termasuk penyelenggaraan kereta dan kenderaan anda
    perlu dibuat mengikut jadual atau bahagian lain yang perlu dibetulkan, contohnya cooling system yang
    menyebabkan engine overheat dan seterusnya perlu overhaul


    Jika punca tak dikenal pasti, masalah mungkin akan berulang lagi. dan terpaksa perlu proses buat
    overhaul semula.


    APAKAH YANG DILAKUKAN MEKANIK SEMASA PROSES OVERHAUL?

    Bergantung kepada jenis. top overhaul atau full overhaul

    + Komponen mana perlu diganti (piston, valve, rocker arm, conrod dan pelbagai kemungkinan)  
      atau dibaik pulih (skim head, blok dan sebagainya)

    + Tetapan ( Setting ) apa yang perlu

    Oleh itu kos overhaul tidak dapat diketahui dengan tepat selagi pemeriksaan tak dibuat secara menyeluruh
    pada enjin anda. dan selalunya kos membaiki dan overhaul akan dapat diketahui setelah pemeriksaan dilakukan.
    Jadi apa yang penting selalu periksa enjin kenderaan anda.

Ulasan