PERLUKAH BUAT OVERHAUL ENJIN KENDERAAN ANDA? Ianya bergantung kepada beberapa keadaan dan keperluan, semua ini memerlukan siasatan lanjut dan pemeriksaan, boleh jadi disebabkan oleh pelbagai punca, atau kombinasi pelbagai perkara dan tak semestinya perlu overhaul. Mungkin penyelesaiannya agak mudah. Yang penting jika ada masalah yang disebutkan, anda bawa ke bengkel yang dipercayai untuk pemeriksaan. Harap-harapnya anda dapat pemeriksaan percuma dan jujur. SIMPTOM ENJIN Antara simptom-simptom yang MUNGKIN memerlukan enjin kereta anda perlu di OVERHAUL + Bunyi ketukan dari enjin sewaktu memandu + Asap berlebihan dari ekzos + Minyak hitam berkurangan + Enjin overheat + Kereta susah nak start + Enjin mati tiba-tiba + Kereta kurang pickup + Kebocoran minyak hitam dari atas + Minyak hitam menjadi pekat + Kereta kuat makan minyak. ...
Mengapa perlu membuat overhaul enjin kereta anda?